Pengundi PAS mendahului PH PRK Port Dickson – Channel W

Pengundi PAS mendahului PH PRK Port Dickson

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bermula 8 pagi tadi selepas berakhir kempen selama 14 hari.

Pagi tadi kira-kira 30 penyokong PAS yang berbaju hijau dilihat mengibar-ngibarkan bendera serta logo parti itu hanya kira-kira 30 meter dari pintu masuk pusat pengundian.

Mereka juga menjeritkan “Sokong bulan!” atau “Undi PAS” kepada orang ramai yang lalu.

Tidak jauh dari situ kira-kira 20 penyokong Pakatan Harapan pula mengangkat bendera dengan sesetengah mereka memakai baju T dengan logo gabungan berkenaan atau PKR.

Mengikut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 68,317 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab masing-masing di 32 pusat mengundi, membabitkan 154 saluran.

Ini adalah PRK keempat diadakan selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong – ketiga-tiganya di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas dikosongkan oleh penyandang daripada PKR, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lalu.

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim,pertandingan tujuh penjuru itu turut membabitkan calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon atas tiket Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong; bekas pensyarah, Lau Seck Chan dan pakar perunding, Kan Chee Yuen.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans