Perjuangan PH untuk bangsa, agama dan negara – Tun M – Channel W

Perjuangan PH untuk bangsa, agama dan negara – Tun M

Kota Bharu, 11 November – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan parti dalam gabungan itu agar tidak berjuang untuk kepentingan parti masing-masing, sebaliknya berjuang untuk kepentingan rakyat dan berkhidmat untuk negara.

Katanya sejarah telah membuktikan bahawa parti dalam kerajaan terdahulu tewas kerana meletakkan perjuangan parti melebihi kepentingan rakyat, negara dan bangsa.

“Rakyat boleh berfikir, rakyat bukan haiwan, bukan haiwan dicucuk dan ditarik, rakyat adalah manusia berfikiran dan mereka tahu menilai yang baik dan buruk. Pada PRU14  rakyat menolak parti yang lupa sebab dia ditubuh.

“Kini pada hari ini genap enam bulan kerajaan baru tertubuh. Tidak pernah dalam sejarah merdeka tiada parti lain tetapi Pakatan Harapan berjaya menewaskan BN dan mendirikan kerajaan. Tuan dulu parti lawan tidak berjaya menjatuhkan BN. Mereka tidak berjaya kerana tumpu pada parti masing-masing, tidak tumpu perjuangan untuk negara,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Pakatan Harapan Kelantan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans