Polis arah henti sebar berita culik palsu – Channel W

Polis arah henti sebar berita culik palsu

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes kehilangan 16 orang kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 20 tahun dari sekitar daerah Rompin, Pahang yang kononnya diculik untuk diambil organ dalaman.

Polis menggesa orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu tentang kes kehilangan 16 orang kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 20 tahun dari sekitar daerah ini yang kononnya diculik untuk diambil organ dalaman.

Penularan berita palsu melalui aplikasi WhatsApp sejak dua hari lepas telah menyebabkan keresahan dalam kalangan penduduk di daerah ini walaupun ia tidak benar.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan kejadian orang hilang di daerah itu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans