Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS – Channel W

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen yang terjejas akibat pertikaian perdagangan Washington-Beijing yang terus ketara, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit turun kepada 4.1420/1470 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1450 semalam.

Seorang peniaga berkata, pengesahan bahawa Presiden Donald Trump bertindak mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion, hanya menyemarakkan lagi sentimen mengelak risiko di pasaran.

“Dolar AS kembali mengukuh susulan peningkatan pertikaian perdagangan semalam yang menyaksikan kelompok mata wang negara sedang pesat membangun terjejas semula apabila permintaan terhadap aset pasaran itu berkurangan,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0214/0257 daripada 3.0202/0242 pada Isnin namun mengukuh berbanding yen kepada 3.6887/6938 daripada 3.6967/7012, semalam.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.4467/4558 daripada 5.4359/4428 tetapi rendah berbanding pound Britain kepada 4.8325/8400 daripada 4.8354/8414

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans