Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan – Channel W

Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram dalam tempoh terdekat.

Ia adalah selepas siasatan terhadapnya yang bermula dua tahun lalu dibuka semula iaitu sejak 3 bulan lalu iaitu sejurus BN tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Salah satu pertuduhan tersebut adalah membabitkan pembelian produk hormon anti-penuaan bernilai lebih RM1 juta dari Amerika Syarikat (AS).

Beliau sebelum ini pernah disoal siasat lebih tiga jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Jun lalu.

Turut difahamkan soal siasat itu berkaitan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Sebelum ini kehadiran Rosmah yang juga bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) sejak 2009 sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan pada PRU Mei lalu, hadir ke ibu pejabat SPRM baru-baru ini disebabkan penyiasat percaya dana daripada SRC digunakan untuk membeli produk berkenaan.

 

Produk itu dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon lebih 600 peratus, jika diambil secara berterusan.

Mereka yang pernah menggunakan produk itu mendakwa ia menambah baik tenaga dalaman, tidur yang lebih baik, meningkatkan keinginan seksual, mengurangkan berat badan, menguatkan otot dan memperbaiki sel kulit.

Menurut sumber, cek bayaran lebih RM1 juta dibuat kepada seorang doktor bergelar Datuk pada Februari 2015 bagi pembelian dua set ubat bernilai RM500,000 setiap satu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans