Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Selangor, Tan Sri Noh Omar akan membantu memberi sepenuh sokongan kepada Naib Presiden itu untuk menjayakan agenda kebangkitan parti khususnya di Selangor.

Semalam Ahmad Zahid mengumumkan barisan kepimpinan UMNO di pusat dan negeri dengan Ismail Sabri yang memenangi Naib Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini, diberikan tugas mengepalai UMNO Selangor.

Ahmad Zahid yakin Ismail Sabri mampu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri di Selangor.