Selamat ulangtahun Mummy! – Channel W

Selamat ulangtahun Mummy!

Hanya selang dua hari, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menyambut ulang tahun kelahirannya ke-92 pada Khamis.

Datin Paduka Marina Mahathir mengucapkan selamat hari lahir kepada ibunya menerusi status yang dimuat naik di halaman Facebook miliknya.

“Selamat hari ulang tahun ke-92 ‘Mummy’ saya, seorang yang kuat dan tabah (dan seringkali lucu) di belakang kami semua, tetapi terutamanya ayah.

“Apa lagi yang antara kami dapat lakukan tanpa kasih sayang, sokongan dan kearifan ibu?,” tulis Marina pagi Khamis, sambil memuat naik gambar Dr Siti Hasmah yang kelihatan anggun berbaju kurung merah jambu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa telah menyambut ulang tahun kelahirannya ke-93 iaitu 10 Julai lalu.

Marina turut memberikan ucapan ulang tahun kepada bapanya yang merupakan perdana menteri paling tua di dunia itu menerusi Facebook.

“Selamat ulang tahun ke-93 untuk ayahku sayang. “Tiada siapa tahu apa yang diperlukan untuk kembali semula ke dalam arena politik, pergi ke sana dan berjuang, kemudian bekerja keras menyelamatkan Malaysia yang kita cintai.

“Saya amat bangga dengan banyak perkara yang anda capai tetapi tiada apa yang membuatkan saya lebih bangga daripada melihat anda masih sedia mendengar dan belajar dari rakan-rakan baharu anda,” ujar Marina.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans