BEIRUT – Serangan udara Russia mengorbankan 37 penduduk awam di Arbin di Timur Ghouta yang dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik tengah malam semalam, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).
“Serangan udara Russia dan senjata membunuh penduduk awam di ruang bawah tanah akibat terbakar atau lemas lewat semalam sebelum gencatan senjata berkuat kuasa di kawasan itu,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.
Russia menafikan terbabit secara langsung dalam serangan udara di Timur Ghouta.
SOHR berkata, ia bergantung kepada corak penerbangan, pesawat yang terbabit dan peluru digunakan untuk menentukan pihak yang melancarkan serangan.
– AFP
You must be logged in to post a comment Login