Menurut sumber, notis berkenaan meminta Datuk Seri Najib supaya hadir ke ke Pejabat SPRM pada Selasa minggu hadapan.

Ia bagi membantu siasatan berkaitan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1MDB.

Kediaman Mantan Perdana Menteri itu dikunjungi dua kereta berwarna perak tanpa logo SPRM memasuki kediaman terbabit pada pukul 3.50 petang.

Kereta yang mendakwa  dari suruhanjaya tersebut berada dalam kediaman tersebut selama sejam dan kemudan beredar sejam kemudian.