Peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal ketika ditemui menerangkan bahawa,  polis hanya hadir untuk melakukan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

“Setakat ini semuanya sudah selesai dan pihak polis hanya mengambil keluar beberapa kotak berisi pakaian dan barangan lain seperti tas tangan yang dikenal pasti sebagai hadiah.

“Tiada sebarang dokumen diambil dan polis hadir juga bukan bertujuan untuk melakukan penahanan,” kata Harpal dalam sidang medianya.