Umat Islam di negara ini diseru, merebut peluang berlumba-lumba membuat kebaikan sepanjang bulan Ramadhan.
Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, juga menasihatkan supaya amal ibadah dilaksanakan dengan penuh istiqamah sepanjang bulan ini supaya dapat menyucikan jiwa sekali gus mendapat keampunan serta pembebasan daripada api neraka.
Beliau juga mendoakan supaya di akhir Ramadan nanti, umat Islam di negara ini menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa.
“Saya ucapkan selamat menyambut Ramadan Kareem kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di serata dunia,” katanya dalam satu kenyataan.
You must be logged in to post a comment Login