Tun M angkat sumpah di Dewan Rakyat – Channel W

Tun M angkat sumpah di Dewan Rakyat

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebentar tadi mengetuai Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Ia disusuli Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen lain.

Terdahulu, pelantikan Mohamad Ariff disahkan Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat kerana membantah pelantikan Mohamad Ariff.

Memulakan bantahan itu adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyyudin Hassan, yang meminta ‘point of order’.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mematuhi syarat pelantikan Speaker kerana tidak mengusulkan nama calon Speaker dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan Parlimen bermula.

Kekecohan itu mengakibatkan hampir semua Ahli Parlimen pembangkang keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati terhadap pelantikan itu.

Kelihatan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakal kekal di dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipilih sebagai Ketua Pembangkang, berdasarkan susunan kerusi di Dewan Rakyat.

Pemilihan itu disahkan oleh, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ketika ditemui media tadi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans