Wani Kayrie Dapat 7A SPM, Bakal Keluarkan Single Baru Hujung Bulan Ini – Channel W

Wani Kayrie Dapat 7A SPM, Bakal Keluarkan Single Baru Hujung Bulan Ini

“Alhamdulillah, usaha saya bersengkang mata mengulang kaji pelajaran mendapat pulangan yang baik. Ibu saya turut menangis mendengar berita baik ini.”

Penyanyi yang bernaung di bawah label Suria Records, Wani Kayrie menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Wani yang mendapat keputusan 7A tetap bersyukur dengan keputusan tersebut walaupun gagal menepati sasaran untuk mendapat 9A dalam peperiksaan berkenaan.

Wani atau nama penuhnya Syazwani Abdullah, 18, berkata kerja kerasnya mengulangkaji pelajaran berbaloi dengan keputusan diterimanya.

Pelajar aliran seni Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, itu memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Information and Communication Technology (ICT) dan Tasawwur Islam.

Beliau mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun.

“Meraih 7A daripada sembilan mata pelajaran sudah dikira cemerlang bagi saya kerana keputusan bagi subjek Matematik dan Akaun adalah jauh lebih baik berbanding ketika peperiksaan percubaan dulu.

“Terima kasih pada keluarga saya, guru dan syarikat pengurusan saya yang banyak memberikan dorongan,”

Menurut Wani, beliau berkemungkinan besar hanya melanjutkan pelajaran pada tahun depan, biarpun banyak menerima tawaran berbuat demikian daripada universiti swasta.

“Memandangkan tahun lalu saya sudah berehat selama dua bulan untuk memberikan tumpuan kepada SPM, tahun ini saya memutuskan untuk fokus pada kerjaya seni terlebih dulu.

“Lagipun, saya berhasrat menyertai pertandingan nyanyian di Hollywood, iaitu World Championship of Performing Arts (WCOPA), Julai nanti. Jadi, saya mahu mencuba yang terbaik pada uji bakat yang akan dijalankan Ahad ini.

“Harapnya, hasrat saya itu menjadi kenyataan. Jika tiada halangan, insya-Allah saya akan mengikuti kursus perakaunan perniagaan pada tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Wani memberitahu, beliau akan merakamkan single terbaru ciptaan Ezra Kong pada hujung bulan ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー貑布 γ‚ΉγƒΌγƒ‘γƒΌγ‚³γƒ”γƒΌζ™‚θ¨ˆ スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans